Sunday, 7 January 2018

MOVE ON

Seorang sahabat bertanya bagaimana cara untuk ubati hati selepas putus tunang atau dalam kata lain move on.

Saya mungkin tidak mahir untuk berbicara tentang ini. Namun beberapa perkara yang saya titipkan kepadanya adalah:


1) Berhenti mendengar lagu cinta
- Terutama lagu-lagu yang berunsur kekecewaan dan mendayu2. Ini akan menyebabkan fikiran lagi kusut dan hati terus2an bersedih

2) Banyak mendengar majlis ilmu

- Sesungguhnya majlis ilmu akan mendekatkan seseorang kepada pencipta. Betapa banyak yang kita akan dapat jika mendengar perkara2 berunsur keagamaan. Rohani terisi, kekuatan dalaman makin kuat.

3) Sibukkan diri

- Misalnya sertai aktiviti yang bermanfaat di Universiti seperti program bermanfaat yang dianjurkan kolej, Universiti dan terlibat aktif dalam persatuan misalnya PMIUPM :) Sesungguhnya dengan kesiibukan akan terisi jiwa dari perkara yang bermanfaat. Belajar sibukkan diri. Ya cuba!

4) Dekatkan diri dengan sahabat2 yang soleh/ah
- Sahabat sedemikian akan sentiasa memandu hati mencintai tuhan. Bila melihat mereka hati akan sentiasa mendekat pada tuhan.

5) Positif selalu
- Percaya tuhan hadirkan ex-tunang sebagai jalan untuk tuhan perkenalkan kita dengan manusia yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak tuhan jadikan sesuatu sebab secara sia-sia.

6) Dekatkan diri pada tuhan
- Ini adalah faktor  penting pada kekuatan rohani. Luahkan, menangislah pada beliau di sepertiga malam. Tuhan dah lama rindu hambanya mengadu selepas terlalu lama kita disibukkan dengan perkara keduniaan.

Soal jodoh kita sendiri tak pasti. Mungkinkah kematian mengejar dahulu atau jodoh yang mengejar dahulu. Ruang dan peluang yang ada belajarlah membahagiakan ibu dan ayah dahulu.

Moga dengan bakti kita terhadap ibu ayah tuhan akan jumpakan kita dengan laki-laki dan wanita yang baik-baik.

:)


No comments:

Post a Comment