Selalu aku kecewakan abah.
Janji janji kosong aku bagi.
"Abah minggu depan dekna balik, lawat abah dan adik."
Tup tup tak jadi
Selalu sangat.
Abah punyalah excited tiap kali aku cakap nak balik.
Tapi tak jadi. Tak jadi.
Kecewa suara abah.
Selalu juga aku katakan pada abah.
"Abah lepas habis degree dekna janji terus kerja pastu bantu abah dan adik2, bagi duit dekat abah dan adik2 setiap bulan, dekna janji."
Selalu aku tekad dalam hati, aku taknak utama benda lain lepas habis belajar biar aku bantu family aku dulu. Tapi aku risau misalnya ketentuan 'jodoh' Allah takdirkan untuk datang. Aku tak mampu nak bantu abah. Semua janji aku bagi kosong.
Kosong.
Soal jodoh..
Pentingnya dalam mencari pasangan yang faham dan dapat terima keluarga kita sebaiknya.
Untuk aku keluarga paling utama dalam semua benda.
Kalau ditakdirkan untuk 'jodoh' datang dalam waktu yang dekat.
Aku faham masing2 ada komitmen keluarga masing2. Tapi tolonglah bantu aku untuk bantu keluarga aku bersama aku.
*********
Maaf berbicara tentang jodoh. Kelakarkan. Tapi itulah hakikat sebenar yang aku nak luahkan untuk 'siapa' yang mahu bersama aku nanti.
Sekian
No comments:
Post a Comment