Friday, 12 January 2018

KENAPA AKU?

Seminggu ini penuh perkara2 yang mengejutkan diri ini.

Termangu2 tertanya kenapa aku, kenapa aku. Menangis tak berhenti apatah lagi.

Aku serba serbi kurang
Beza sangat berbanding yang lain2
Akhlak dan kelakuanku pula tidak sebaik mana
Kethiqahanku tidak sehebat mereka

Dan bila tiba amanah besar yang perlu aku pikul selepas2 ini.

Aku menangis.
Aku takut aku tak mampu pikul sebaiknya

Dan kehidupanku pasti berubah 360.

Penat aku bertanya pada diri kenapa aku.

Tapi mampu atau tidak mampu
Aku perlu
Aku perlu laksanakan

Ini muktamad, tiada lagi alasan2 yang boleh dicipta untuk menolak.

Ya Rahman,
Ya Rahim,

Pimpinlah daku dalam memimpin yang lain,
Kuatkan aku jua dalam memimpin diri ini sendiri sebenarnya.

Ini medan tarbiyyah.

Segalanya untuk Islam
Segalanya untuk Islam.

Permudahkanlah langkah ini, jangan persulitkan.

Abah dekna nak bahu 😢😔

No comments:

Post a Comment