Sunday, 29 January 2017

Pada akhirnya hati itu perlu dipandu

“Hati itu seperti angin, mudah berubah. Anak Adam seringkali berjanji soal hati, menyemai harapan. Padahal semua juga tahu, waktu merubah banyak hal, termasuk urusan hati. Hati-hati merawat hatimu dan hati-hati disekitarmu.”

“Rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa. Semalam mungkin kita suka orang itu. Tapi hari ini atau esok, mungkin kita akan suka orang lain pula. Hati sifatnya berbolak-balik bersama masa. Sukar untuk buat hati tetap suka pada seseorang melainkan dengan ikatan perkahwinan.

Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya apakah yang suka disebut Rasulullah saw. Beliau menjawab, Baginda suka membaca doa.

“Ya Muqallibal Quluubi, Thabbit Qalbi ‘Ala Diinika.”(Wahai Tuhan
Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu)

Isinya, tetapkanlah hati pada suka agama terlebih dahulu. Agama tidak boleh ditukar lagi. Tidak perlu gopoh tetapkan hati pada manusia, pilihlah apabila sudah tiba masanya.”

[Sumber: Unknown]

Friday, 6 January 2017

Exam dah habis ^^

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah... actually, my blog ni dah buat since 2015, but tak sempat nak uruskan busy katanya. hihi. disebabkan saya suka menulis dan bercerita maka saya bukak balik blog ni. okeyy,straight forward, harini nak cerita pasal apa eh?

 

 Hmm,disebabkan semalam last paper utk sem 3 saja nak share sikit tentang jalan hadapi kemalasan study tu.. untuk exam kalini bila study tu takde huru hara sangat banyak relax je ngee. kekadang tu bila tengah study rasa macam malas semua katil memanggil apatah lagi berbeza betul dengan roomate saya, opss sebelum tu saya belajar psikologi tentang manusia semua, roomate saya ambil kimia perindustrian. Jadinya faham2lah bebudak kimia ni study cemana. kuat betul iman rumet saya ni study dari pagi sampai petang tak berhenti, fuhhh.

 

Hmm utk sem ni saya ambik 5 paper je, rasa yang paling mencabar untuk subjek sem ni subjek IT kot, sbb bukan bidang kiteorang kan and tak pernah tahu pun pasal coding segala bagai semua. huuuuu. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan untuk subjek lain pun sama. saya ni bukan jenis study sekali masuk terus semua, kena ulang2 kena long term lah proses tu, kalau jenis short term tu bukan lerr saya. ehhh ape menda pasal long term smua pulak ni hahaha.

 

Okay, pasal exam ni tetiba saya teringat suatu kata2 dari imam al-Ghazali tentang ilmu "Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan."

 

Kekadang malas tu datang. tapi bila fikir harapan mak abah dekat sana saya jadi semangat balik nak study, kekadang malas tu datang saya akan gugel atau cari buku yang boleh memotivasikan saya balik and the best book to motivate me is Quranul kareem. teringat ayat seorang guru waktu study dekat maahad dulu " our best listener is Allah and our problem will solve with Quranul kareem." subhanallah, bila dipraktikkan dalam hidup rasa tepat sangat semua tu.

 

Bila hati gundah, sedih, gelisah berbaliklah kepada Allah. Terus kuat ya semua dalam proses pembelajaran :)

 

Okeyyy, jumpa lagi di entri seterusnya ^^